I made this widget at MyFlashFetish.com.



Friday, October 1, 2010

KaKi NoVeL

sambungan....

BAB 3

MEIRA!!Meira!!!Tengok siapa datang ni!"Terdengar jeritan mama dari ruang tamu.
                 Aku yang sedang berpeluh-peluh mengeluarkan baju yang telah siap dicuci,tersentak.Kenapa mama terjerit-jerit ni? Dah hilang keayuan ke apa? Dengar dari nada suara,macam gembira aje.
                 "Kejaplah mama,Miera tengah sibuk ni!"
                 Malas aku hendak ke ruang tamu. Lebih baik aku selesaikan kerja,lagi bagus.Entah-entah kawan mama.Penat kurasakan hari ini kerana menyiapkan kerja rumah.Dari atas sampai ke bawah,semuanya di atas pundakku.Tugasan mama hanya memasak.Begitulah yang berlaku kalau hujung minggu.Sudah jadi undang-undang di dalam rumah ini.
                 "Marilah sini.Cepatlah!"jerit mama lagi.
                 "Isy...mama ni ada-ada sajalah!"rungutku sambil meletakkan bakul baju yang sudah penuh di muka pintu.Aku membasuh tangan di sinki dan mengelap tanganku yang basah pada kain batik sarung yang elok terliit di tubuhku.Belum sempat aku melagkah sampai di sisi pintu...
                 "Aaahaaaahh.......!!!"
                  Terkejut aku dengan sergahan itu.Akibat dari kejutan itu,tubuhku tersandar di peti sejuk berhampiran pintu.
                 "Ha ha ha!"
                 Pecah ketawa insan yang bertanggungjawab dengan kejadian itu. Kutatap wajah menyerupai lelaki yang sedang menekan perutnya.Ketawanya masih bergema.Macam aku kenal bunyi suara tawa itu.Tawa yang sudah bertahun tak kudengar.Betul ke? Kalau diukur dari segi pakaian,sembilan puluh peratus adalah betul.
                 "Jay jay...?"
                 Betul ke di hadapan ini budak yang sama-sama membesar denganku dulu?
                 "Hmmm...ha ha ha!"
                 Hanya itu jawapan yang keluar dari bibirnya dan ketawa itu bersambung kembali.
                 "Jay jay...?"tanyaku lagi.Soalanku masih dibiarkan tidak berjawab.
                 "Jamaliah Jamaluddin!!!"panggilku geram.
                 Serta-merta ketawa itu terhenti.
                 "Jamaliah Jamaluddin, kan?"tanyaku mohon kepastian.
                 Betul ke budak ini? Dari segi pakaian masih tidak berubah.Kemeja lengan pendek yang terlipat sedikit di lengan dan seluar jean gedobohnya masih seperti dulu.Rambut yang sentiasa digunting pendek dan cuping telinga kiri disumbat dengan subang perak dan cuping telinga kanannya dibiarkan kosong.Tubuh badanya yang kurus masih seperti dulu.Lekuk-lekuknya tetap tersorok kemas di sebalik bajunya yang besar.
                 "Teruklak kau,panggil nama penuh aku!"
                 Akhirnya bersuara juga Si Jay Jay aku ini.
                 "Ha ha ha!"
                 Kali ini gelakku pula pecah,Mimik muka Jay Jay atau Jamilah Jamluddin ini berjaya menggeletek hatiku.
                 "Janganlah gelakkk...!"rayunya sambil tangannya menampar bahuku kuat.
                 Ketawaku masih bergema di ruangan dapur dan masih tidak dapat kuhentikan.Tadi aksinya bagaikan lelaki macho dan sekarang,sifat keperempuannannya terserlah.
                 "Kau gelakkan aku,"rajuk Jay Jay sambil tangannya masih mendarat di merata tempat dengan tamparan.
                 "Bukan aku nak gelak tapi dah tergelak...ha ha ha!"Ketawaku yang hampir surut kembali bergema.
                 "Dahlahh... pleaseee...!" pujuknya lagi sambil menyatukan kedua-dua belah tangannya menjadi satu sambil mengangkatnya.
                 "Okey... okey.... Aku diam." Aku menarik nafas panjang dan berdeham berkali-kali.
                 "Janji jangan gela macam tadi?"pohon Jay Jay.Jari telunjuknya diangkat sambil matanya bersinar geram.
                 "Ha ha ha!' Gelakku bersambung kembali.Sisanya masih ada apatah lagi tika melihat gelagat Jay Jay.
                 "Kau gelak lagi!Janganlah gelak....."rengek Jay Jay sambil menarik-narik lengan bajuku.
                 "Iyelah, iyelah dear... Aku janji!" akurku sambil menariknya ke dalam pelukanku.
                 Begitulah panggilan kami sesama sendiri,sehingga ada yang tersalah tafsir.Tidak semesti hanya dengan kekasih hati boleh bersayang-sayang.Persahabatan pun sama juga.Yang penting nawaitu kita.
                 Bertahun kami tidak berjumpa setelah masing-masing membawa arah sendiri-sendiri.Bila tamat sekolah menegah,Jay Jay mengikut keluarganya berpindah ke Singapura dan kami terputus berita.memang sedih kerana kehilagan teman karib yang sama-sama membesar tetapi kerana ingin mengubah kehidupan menjadi lebih baik,mereka sekeluarga berhijrah ke sana setelah ayah Jay Jay mendapat tawaran bekerja di negara Singa itu.
                 Dahulu kami terkenal dengan sikap lasak.Apatah  lagi pakaian kami mengalahkan lelaki membuatkan kami degeruni di sekolah yang kesemuanya dihuni oleh murid peremuan.Walaupun demikian,kami tahu batas kami dalam hal jantina ini.Sebut sahaja JM,mesti satu sekolah kenal kami.Huruf yang kami ambil dari permulan nama kami.Memang ada juga orang salah mengerti dengan perhubungan ini dan menggelar kami lesbian tetapi kami tidak ambil kisah kerana bagi kami tahu siapa diri kami.Dengan baju kurung yang dilipat lengan sehingga ke siku dan kainnya kami ssentengkan sehingga menampakkan stoking,telah menjadi ikutan para pelajar lain dan sering kali nama kami tercatat dalam buku catatan pengawas.Tetapi itu semua hanya kegilaan zaman remaja kami dan tidak lebih dari itu.
                  "Aku rindu sangat dengan kau,dear,"bisik Jay Jay.
                  Kami tenggelam didalam rindu yang bertahun disimpan.
                  Setelah aku berpindah, Jay Jay tidak dapat mencariku kerana alamt yang diberikan telah hilang semasa aku berpindah dan aku tidak dapat menberitahu di mana aku tinggal.Hampir sebulan aku merana mencari alamt Jay Jay.Setelah abang memujukku dengan berjanji bila besar nanti dia akan cuba mencari Jay Jay untukku,barulah aku akur.
                  "Aku pun sama,rindu sesangat,"ujarku,sebak.
                  "Bila kau sampai?'tanyaku sambil meleriakan pelukan.
                  Aku mengelap air mata di pipi Jay Jay dan tangannya segera menarik jariku untuk menghentikan perbuatan itu.Memang Jay Jay tidak suka aku memujuknya kerana baginya itu sifat seorng insan yang lemah kalau sentiasa hendak dipujuk.Entahlah... aku pening dengan prinsip anak dara yang berkulit anak teruna ini.Lantas aku menarik kerusi di meja makan berhampiran dan melabuhkan punggungku di situ.
                  "LAma kau hilang, kan?"luahku dan Jay Jayikut sama duduk de kerusi hadapanku.
                  "Buka aku hilang,cuma jodoh utuk kita berjumpa belum sampai lagi,"usinya sambil mencapai gelas kosong lantas menuang air suam ke dalamnya.Begitulah Jay Jay,tidak pernah malu bila berada di rumah kami.Kami sudah seperti adik-beradik.
                  "Kau tak berubah pun."Aku pandang wajah Jay Jay lama.Memang kawanku ini tdak berubah sejak dulu.
                  "Lahhh... buat apa nak berubah!Aku tetap aku, kan?Yang penting kau tahu siapa aku."Jay Jay mengeluarkan pendapatnya.
                  "Iyelah...Kau dah kahwin ke?"soalan cepukmasku menyerangnya.
                  Wajah Jay Jay berubah.Renungan tajamnya seakan menikam.Lama kami bertentang mata.Sbenarnya bukan memaut rasa,tetapi berlawan siapa yang terkelip mata dulu.Perlahan-lahan senyuman terukir di bibir Jay Jay tetapi matanya tetap begitu.Keningknya sengaja diangkat beberapa kali.
                  "Mana aci!!!"Akhirya aku kalah.Ketawa Jay Jay pecah dan dengan pantas aku menjentik jari runcing yang elok trletak di atas meja.
                  "Sakitlah,mangkuk!"Jeritan Jay Jay memuaskan hatiku.
                  "Oit...cakaplah kau dah kahwin ke belum?"Aku bertanya dalam kelelahan tawa.
                  "Rahsia....."jawab Jay Jay.
                  "Kau songsang ek?"Sengaja aku menjentik kemarahan Jay Jay lagi.
                  "Kau memang nak kena,kan?Aku belasah kang!"
                  Jay Jay sudah bangun dan aku turut bangun.Jay Jay mengejar aku keliling meja.Ketawa kami bergema bersam-sama dan akhirnya kami terduduk di lantai simen.
                  "Lahhh...kau pakai kain batikke?"Jay Jay kembali mengenakanku setelah kepenatannya hilang.
                  "Kenapa?Tak boleh ke?"ejekku sambil meongkat tangan ke belakang.
                  "Bukan tak boleh,tapi kelakarlah.Seorang budak tomboy dulu yang tak pernah memakai kain kecuali uiform sekolah,sekarang berkain batik.Macam dar sunti!"gelak Jay Jay sambil tangannya cuba menarik-narik kain batikku.
                  "Hoiii...janganlah!Terburau nanti!!!"jeritku sambil memegang kuat ikatan kain.
                  "Ha ha ha!"Jay Jay ketawa bagai orang gila dan tarikannyalama-kelamaan dilepaskan.
                  "Cuak juga kau,ek?Aku ingat terror bebenor tadi!usik Jay Jay.
                  "Kau memang!!!"ujarku geram.
                  "Kau ingat aku ni gile ke nak jatuhkan maruah kawan baik aku?Saja-saja aje tadikan,"luah Jay Jay sambil cuba berdiri dan lantas tangaku ditarik sama.
                  "Lupa nak tanya,tadi kau datang dengan siapa,dear?"tanyaku sambil membetulkan ikatan kain batikku.
                  " Dengan mak akulah,siapa lagi?"ujat Jay Jay sambil bersandar di kabinet dapur.
                  "Lahhh...mak kau ada,nape tak cakap?"marahku.
                  "Kau tak tanya,"Selambe Jay Jay menjawab.
                  "Teruklah kau,"luahku geram.
                  "Biarlah mak aku dengan mama kau tu kat depan.Mungkin dia orang berdua pun tengah bergelak ketawa macam kita,"guaru Jay Jay.
                  "Jomlah join dia orang.Aku pun dah lama tak berjumpa mak kau,"ujarku sambil menarik tangan Jay Jay agar mengikutiku ke ruang depan.
                  Kelihatan mama dan mak Jay Jay sedang bersembang tak ingat dunia.Begitulah akrabnya perhubungan kami.Cuma masa membataskan segalanya.Baruku ketahui yang keuarga Jay Jay sudah kembali menetap di Malaysia dan berusaha menjejaki kami.Buat semantara ini Jay Jay masih bekerja di Singapura menanti tamat tempoh kontraknya yang masih berbaki dua tahun lagi.Seronok kurasa bila teman yang memahamiku sudah kembali ke sisiku.
Bersambung..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...