I made this widget at MyFlashFetish.com.



Saturday, October 2, 2010

KaKi NoVeL

sambungan.....
BAB 4
KESIBUKAN suasana bekerja membuatkan aku tidak sangkasudah tiga bulan aku di sini.Teman-teman sentiasa menceriakan keadaan.Mama pulak sudah mula bising kerana masaku lebih banyak dihabiskan di pejabat daripada menemaninya.Tetapi ayah seperti biasa menjadi penyelamat dalam apa juga keadaanku.Manakala Jay Jay sudah lama tidak kutemui semenjak pertemuan dulu.Bekerja sebagai IT programmer menjadika Jay Jay seperti manusia yang hidup di alam lain.Segala masanya ditumpukan kepada satu-satu projek mengikut deadlne.Hanya telefon dan e-mel sahaj yang menghubungkan kami.Itu pun sesekali.Bagai orang bercinta pulak.Malanglah siapa yang menjadi kekasih Jay Jay.
                     Mak Jay Jay juga seperti mama,sering mengeluh dengan kesibukan kami.Tetapi Jay Jay lagi teruk.Bila aku menyampaikan keluhan maknya,hanya satu alasan yang diberikan.Dia ingin menghabiskan projeknya seberapa banyak yang boleh sebelum dia meninggalkan Kota Singa itu.
                     Bayangkan cuma dua tahun lagi,namun entah berapa ribu projek yang Jay Jay kena siapkan.Aku takut bila dia balik ke Malaysia ini rupanya dah tak serupa orang.Kadangkala aku cuba risik juga kalau-kalau perempuan yang berkulit lelaki ini sudah berpunya,tetapi hanya jawapan 'rahsia'sering diberikan.
                     Memang teruk betul Si Jay Jay ni.Bertahun kami berpisah memang banyak cerita yang hendak kami kongsi bersama.Bagaimana dengan kehidupannya di Kota Singa itu setelah berpisah denganku,semuanya hendak aku korek satu per satu.Nantilah kau, Jay.Kalau aku dapat tahu kau sudahada kekasih tetapi masih nak rahsia dengan aku,pasti telur tembelang aku bagi.Biar dia rasakan penangan telur tersebut.
                      Lamunanku terputus bila mendengar bunyi telefon di atas meja.
                      "Cik Miera,Encik Safuan nak berjumpa dengan cik sekarang,"
                      Suara Anis kedengaran di hujung talian.
                      "kenapa Anis,ada apa-apa ke?"Aku cuba mengorek rahsia daripada Anis memandangkan aku sudah biasa dengannya.
                      "Alah... Cik Miera naik sajalah!"Anis tergelak.
                      "Okey.tak apa...Nanti saya tak mahu belanja awak!"Aku cuba mengugut Anis.
                      "Ugut nampaknya?Naik sajalah!"Anis memang tidak goyah diugut.
                      "Tak apalah kalau taj mau cakap.Saya naik sekarang."Aku segera meletakkan gagang telefon.
                      Hatiku menjadi berdebar-debar setiap kali naik ke tingkat ini.Mana tidaknya,semua pegawai ditempatkan di sini.Lagipun disini letaknya bilik pengarah.
                      Tersenyum Encik Safuan banyak menolongku sejak aku mula bekerja di sini.Segala yang tidak kufahami,sering kurujuk kepadanya.Usianya yang lebih tua daripadaku menjadikan aku lebih menghormatinya.
                       "Syarikat kita akan mengadakanmajlis jamuan tahunan bagi tahun i.Jadi saya mahu bahagian Cik Miera mengendalikan."
                       Aku termangu bila menerima arahan tersebut.
                       "Boleh saya bertanya,Encik Safuan?"Spontan ayatitu keluar.
                       "Boleh,apa salahnya?"
                       Senyman Encik Safuan melegakan hatiku untuk terus bersuara.
                       "Tahun sebelum ni,siapa yang mengendalikan majlis ini?"Tanpa membuang masa terus aku bertanya.
                       "Di syarikat ni,setiap bahagian diberi kesempatan untuk mengendalikan majlis tahunan dan tahun ni bahagian Cik Miera pula."
                       Aku tidak tahu sama ada aku mampu melakukannya ataupun tidak.Mampukah aku?Soalan itu segera berlega-legar di kepalaku."Boleh ke?"
                       Tanpa sedar bisikanku itu didengar oleh Encik Safuan.
                       "Saya yakin Cik Miera boleh melakukannya."
                       Aku termalu sendiri bila Encik afuan menjawab.
                       Encik Safuan menerangkan serba sedikit tentang majlis yang telah berlangsung pada tahun lepas da berjanji akan memberi salinan rakaman sepanjang majlis tersebut untuk aku tonton.
                       "Safuan,you jangan lupa petang ni ya?"
                       Perbualan kami terhenti bila secara tiba-tiba seorang lelaki masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Tidak ada kesedaran sivik langsung!
                       "Maaf,i menggangu rupanya."
                       Lelaki itu tersenyum ke arah kami sambil meminta maaf di atas keterlanjurannya menggangu perbincangan kami.
                       Aku rasa macam pernah melihat wajah ini.
                       "taklah,saja nak bincang tentang majlis jamuan tahunan dan kali ni bahagian Cik Miera yang kendalikan,"
                       Senyumanku mati bila melihat wajah lelaki itu serius memandangku.
                       "Cik Miera,kenalkan... ini pengarah kita Tuan Megat Sharizal.Cik Miera mesti belum pernah berjumpa dengan tuan pengarah kita ni,kan?Yalah,sentiasa sibuk aje...."
                        Aku menyambut huluran tangannya.Inilah dia pengarah syarikat yang selama ini hanya aku dengar namanya sahaj.Terasa sejk tanganku bila berada di dalam genggamannya.
                        "Megat Shahrizal."
                        Cara dia perkenalkan diri.
                        "Miera Eliani,"jawabku pula.Yalah,cara dia dah begitu...aku hanya mengikut rentak sahaja.
                        "Motor dah okey?"
                        Spontan aku teringat peristiwa itu dan aku hanya mengagguk kerana lidahku kelu untuk berkata-kata.
                        "Okeylah,kalian sambunglah perbincangan tadi.I nak kelar dan you jangan lupa janji kita."Luahnya pada Encik Safuan sambil berlalu pergi. 
Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...