I made this widget at MyFlashFetish.com.



Friday, October 8, 2010

KaKi NoVeL

Sambungan....


BAB 8
HANYA baru dua hari dirumah,aku mula dilanda kebosanan yang teramat.segala yang dilakukan serba tak kena.Hendak melakukan itu,ini...ada sahaja mata yang memerhati.semuanya mama yang aturkan.Alat penggera (mulut mama) sentiasa berbunyi apabila aku berbuat sesuatu yang tidak digemarinya.Bergerak sedikit sahaja,berbunyilah alat penggera itu.tambahan pula hendak pergi memancibg...jangan haraplah!
              Bila aku merengek pada ayah dan abang,hanya simpati yang diberikan kerana mereka tidak berani campur kalau mama yang menjaga.Aku tahu mama amat ambil berat tentang sakit pening kami.
              Kakiku pun sudah baik sedikit kerana mama menjemput Auntie Zainab untuk mengurut.Memang Auntie zainab pandi dalam bab-bab ini semua.Patutlah badanyan cantik sahaja walaupun sudah berusia.Dia juga mengajar mama bagaimana hendak menjaga kecantikan dan aku pun tumpanglah sekali.Lagipun kecantikan itu adalah milik setiap insan.
              Esok bolehlah aku mula bekerja kerana aku risau dengan tanggungjawab yang Encik safuan berikan untuk mengendalikan majlis jamuan tahunan.Ini bukan macam majlis olok-olok atau majlis perpisahan macam disekolah dulu.Kalau majlis ini tidak berjaya,maka secara tidak langsung reputasi syarikat terbabit sama.aku akan berbincang dengan ayah untuk memujuk mama membenarkan aku mula bekerja.


"EH,Cik Miera!Bukan ke cik masih bercuti lagi?"
               Aku tersenyum apabila ditegur oleh Hamdan,salah seorang kakitanganku.
               "Kaki saya dah okey sikit.lagipun bosan duduk di rumah,tak ada apa yang nak dibuat.Saya risau banyak kerja yang tak siap kat ofis ni,"luahku.
               "Cik Miera tak percaya dengan kami ke untuk melakukan kerja-kerja ni semua?"Hamdan bersuara.
               "jangan  salah faham,Hamdan.saya cuma risau tentang majlis tahunan syarikat ni yang bahagian kita kena kendalikan.Kalau saya ada di sini,sekurang-kurangnya saya boleh membantu apa yang patut,"tanbahku lagi.
               "bertuah syarikat ni dapat pekerja macam cik Miera,kan?"
               Usikan Hamdan membuatkan aku teringat kepada Tuan Megat.Aku harap dia tidak tahu akan kedatanganku hari ini.aku rasa belum masanya aku berjumpa dengannya kerana asa malu dengan peristiwa hari itu masih menebal.lagipun dia mungkin sudah meluakan kerana dia tiada menghubungiku.Hanya Shazkin yang rajin menelefon.
                "Saya nak turun beli makanan.Cik Miera nak kirim apa=apa?'Hamdan menyapu pergi lamunanku.
                "Tak apalah,saya dah minum di rumah tadi,"jawabku perlahan.
                Kerja yang bertimbun-timbun membuatkan aku leka,tetapi pergerakanku masih terbatas kerana itu janjiku dengan mama tidak membuat kerja-kerja yang renyah dan lasak.
                 Ketika waktu tengah hari,aku masih menatap fail-fail yang hendak disemak.aku hanya menyuruh shikin dan wati membungkuskan makanan untukku.
                 "Kenapa awak datang kerja hari ni?kan awak masih bercuti?"
                 Rasa hendak terlepas pen di tangan apabila disergah begitu.Orang yang tidak mahu kutemui hari ini sudah berdiri di hadapaku.Entah bila lelaki ini masuk ke bilikku,aku sendiri tidak perasaan.tanpa ketukan dan sapaan,aku disergah sedemikian.
                 "minta maaf,Tuan megat.Saya rasa bosan di rumah.lagipun kaki saya dah baik."Aku cuba menerangkan.Wajahnya yang tegang itu menjadikan aku kalut hendak berkata-kata lagi.
                 "Awak ni nak membodek syarikat ke?"
                 Berdesing telingaku bila Tuan Megat berkata demikian.
                 "Bukan begitu,tian."Aku cuba bersabar memandangkan dia adalah pengarah di syarikat ini.Kalau bukan status itu yang dipegangnya,sudah lama aku sembur.Dia fikir mulutnya sahaja yang boleh bercakap!Belum lagi mulut celopar akubersuara...!
                  "Nanti cakaplah dengan semua orang yang syarikat ni mendera pekerja.Suruh bekerja walaupun masih cuti sakit.Biar orang cakap-cakap tentang saya lagi baru puas hati awak!"
                  Terasa hendak mengalir air mataku di situ.Tersinggung dengan kata-katanya.
                  Hari itu bukan maksudkan untuk berkata demikian,hanya bertujuan hendak mengusik shazlin sahaja.
                  Sebecok-becok mama,tidak pernah aku tersinggung dengan kata-katanya tetapi dengan lelaki ini hatiku cepat sahaja terasa.Kututup fail lantas kubangun dan mencapai helmet."minta maaf tuan,saya bersalah.Saya akan datang mulakan kerja setelah cuti sakit saya habis."
                 Aku berlalu meninggalkan lelaki yang masih bermuka toye itu.Sampai di bawah,kudapati hujan sedang turun dengan lebatnya.Baru aku teringat aku terlupa mengambil jaket.Hendak naik ke atas semula,minta maaflah.Aku mengambil keputusan untuk meredah sahaja hujan tersebut kerana lagi lama aku berada di dalam bangunan ini,lagi sakit hatiku.


"HAMDAN,kau ada nampak Cik miera tak?"tanya Shikin kepada Hamdan yang sedang berbual dengan Encik safuan dan kelihatan Tuan Megat datang menghampirp mereka.
                  "Cik Miera tadi ada sebelum aku keluar.Kenapa kau cari dia?"Hamdan pula bertanya.
                  "Dia suruh kami bungkuskan nasi tadi."Shikin menunujukkan bungkusan di tangannya.
                  "Mungkin dia keluar agaknya,"sahut Hamdan.
                  "Macam mana dia nak keluar?Hujan lebat kat luar tu!'
                  Jawapan daripada Shikin membuatkan Tuan Megat tergamam mendengarnya. Rasa bersalah mula menyerang benaknya.
                  "Helmet dia tak ada ni,mungkin dia dah balik agaknya.Diakan masih dalam cuti saki lagi."Hamdan membuat kesimpulan.
                                                                                                                                                       Bersambung....            

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...