I made this widget at MyFlashFetish.com.



Sunday, October 3, 2010

KaKi NoVeL



sambungan....
BAB 6
SEPERTI yang dijanjikan,kami ke Shah Alam,rumah teman mama.Setibanya disana,kami disambut dengan penuh mesra oleh Auntie shamin dan suaminya.
            Pada mulanay ak berfikir mungkin suasa ini akan membuat aku dilanda kebosanan memandangkan hanya aku sahaj oarang muda.Tetap bila melihat kehadiran anak perempuannya yang agak ramah,kebisuan kulontarkan jauh-jauh.
            "Sudah besar anak kau,Maz.Cantik macam ibunya."
            Terasa kembang hatiku bila Autie shamin memujiku.
            "Kau pun apa kurangnya,anak dara kau ikut langkah maknya..sentiasa jaga kecantikan."
            Aku hanya tersenyum pada Shazlin,anak ketiga pasangan ini sementara Shazlin mengangkat keningnya sambil membalas senyumanku.
            "Mana anak kau yang lagi dua orang tu,Min?'
            Mama ni,semuanya hendak ditanya.Biarlah mereka tiada di sini,senang sikit hatiku.
            "Yang sulung tu sibuk memanjang dengan kerjanya,yang kedua pulak bekerja di Sarawak,"terang Auntie shamin serba sedikit.
            "Nasib baiklah ada anak membantu kau,Min,"luah mama.
            "Iyelah Maz,nasib baik yang sulung tu sanggup nak ambil alih perniagaan ayahnya.Kalau tak,sampai sekarang tak duduk rumahlah orang tua tu..."
            Beruntung Autie shamin mempunyai anak yang begitu bertanggungjawab.
            "Hai,abang-abang kita kat luar tu tak mahu makan ke?'
            Pertanyaan mama mengingatkan yang kami datang bersama ayah.Dari tadi ayah asyik berbual dengan suami Auntie shamin yang masih tidak kutahu namanya,di ruang tamu.Aku terasa ada kelainan diperutku.Mungkin kerana di rumah tadi,bergelas air kuminum.Hajat hati hendak masuk sahaja ke tandas di ruang dapur ini,tetapi macam tidak manis pula.
            "Kak Miera,mari aik atas sekejap nak tak?"
            Sapaan Shazlin menyelamatkanku.
            "Marilah..."jawabku spontan sambil memandang mama.Aku takut mama marah dengan gelagatku.
            "Miera!"
            Sepatah ayat mama aku sudah tahu niatnya.
            "Biarlah Maz,dia orang nak berbual jugak.Asyikmendongak pandang kita berbual tak tahu hujung pangkatnya,"Tersenyum Auntie shamin menyokong kami.
            Shazlin menarik tanganku agar mengikutnya.Sampai sahaja ditingkat atas,aku pula menariktangan Shalin,membuatkan langkahnya terhenti.
            "Lin,akak nak masuk bilik airlah."Segera aku sampaikan niatku.
            "Bolah,apa salahnya.Akak nak masuk yang mana?Situ ada,dan dalam bilik Lin pun ada."
            Bagiku biarlah akumasuk ke bilik air luar sahaja kerana segan rasanya hendak menggunakan bilik air di bilik Shazlin.Tambahan pula kami baru sahaja berkanalan.
            "Bilik air kat luar sajalah."
            Aku segera masuk ke bilik air tersebut sementara Shazlin berlalu ke biliknya.Setelah selesai segala-galanya,aku memulas tombolpintu dan hendak melangkah keluar dari situ.Oleh kerana terperanjat melihat seseorang berdiri di muka pintu sebuah bilik,menjadikan aku terpijak permukaan yan tidak rat diatara tebing pintu dan bilik  air tersebut.Terduduk aku di situ menahan sakit.Mungkin kaki aku terseliuh kerana terasa sakit dibuku lali.
             "MieraApa awak buat di sini?"
             Aku segera mendongak dan bagai hendakluruh jantungku melihat wajah yang begitu kukenali berada di depan mataku.
             "Tuan!!!Apa tuan buat disini?"
             Dia turut terepanjat melihat diriku yang terduduk diatas lantai bilik air.
             "Kenapa Kak Miera?"tanya Shazlin sambil menerpa ke arahku yang masih terduduk.
             "Kaki akak terseliuhlah,"jawabku tanpa menjawab pertanyaan daropada lelaki itu.
             "Lin kenal kakak ni ke?"
             Mungkin kerana tidak mendapat jawapan daripadaku,maka dia mnagih daripada Shazlin pula.
             "ini anak kawan maklah, Kak Miera namanya.Itulah abang ,asyik kerja saja sampai tetamu pun tak kenal."
             Huh!Dahyat juga Si Shazlin ni membebel!
             "Kak Miera boleh jalan tak?"tanya Shazlin.
             "Rasanya boleh kut."Aku cuba bangun dan berjalan tetapi terduduk semula.
             "Kenapa?'Lelaki itu bertanya.
             "Kaki saya tak boleh nak pijak."Berkerut keningku menahan sakit.
             "Kak Miera tunggu sini,Lin pergi turun ambil minyak angin sekejap."
             Belum sempat aku berkata apa-apa,hazlin segera berlari turun,meningalkan aku dan lelaki ini.Tanpa sebarabg singnal,tubuhku diangkat dan diletakkan di atas sofa yang terdapat di situ.
             "Tuan!!!"Aku hanya senpat berkata itu sahaja bila kata-kataku dipintas.
             "Diam!"Tegas suaranya kedengaran di telinga.
             "Jangan salah faham.Saya taj mahu awak duduk di atas lantai sambil menahan sakit,"sambung lelaki itu apabila menyedari aku hanya terlopong melihat perbuatannya.
             Baru aku hendak bersuara,suasana menjadi kecoh semula bila mama,ayah,Auntie shamin dan suaminya terkocoh-kocoh meniti anak tangga dan menuju ke arahku.
            "Macam mana boleh jadi begini,Shah?'
            Auntie Shamin cuba memegang kakiku tetapi segera kualih kerana denyutannya sudah mula meyerang ke seluruh bahagian buku lali.
            "Miera terseliuh masa keluar dari bilik air,mak.Mungkin licin agaknya,"terang Shah.
            "Salah Miera,auntie."aku cuba meredakan kerisauan di hati Auntie Shamin hanya memerhati.
            "dah bengkak kaki Miera ni,kena bawa ke klinik,"luah Auntie Shamin sambil matanya tidak lekang dari melihat kakiku yang mulai membesar dari saiz asal.
            "Tak apalah auntie,sikit aje ni.nanti baiklah."Aku cuba membuat alasan.
            "Mana boleh baik kalau kaki tu dah bengkak.Shah,boleh bawa Miera ke Kilink tak?"
            Ini yang aku lemah bila Auntie Shamin mengarah Tuan Megat.
            "Tak apalah Min,nanti Maz bawa Miera ke Klinik.Kesian pula denganShah,kan ke dia bari balik kerja.Penat pun tak hilang lagi tu,"sampuk mama.
            "Auntie dan Uncle tunggi kat sini,biar Shah bawa Miera ke klinik.Auntie pun baru sampai kat rumah kami.Biar Lin temankan kami."
            Aku hanay memerhati mereka berbincang pasal diriku.
            Tuan Megat berlalu masuk ke biliknya dan sebentar kemudian dia muncul dengan berseluar jean dan t-shirt.Nampak kasual pula bila sesekali melihat dia berpakaian seringkas ini.
            "BAGAIMANA isteri you boleh jadi begini?'
            Terkulat-kulat aku bila doktor itu berkata demikian dengan Tuan Megat.Doktor ni,sedap-sedap saja kata aku isteri kepada lelaki ini!Mungkin dia melihat perbuatan Tuan Megat mendukungku masuk ke bilik rawatan ini sementara Shazlin disuruh menunggu di luar.
            "Dia terjatuh masa nak keluar dari bilik air."
            Termangu dengan jawapan yang deberikan oleh tuan Megat,aku langsung tidak membantah dengan anggapandoktor itu.Terlintas semula peristiwa ketika hendak ke klinik tadi.Ayah sememangnya tidak larat hendak mendukungku ke kereta dan secara gentleman Tuan Megat meminta kebenaran daripada mama dan ayah untuk menghulurkan bantuan.Permintaan itu disokong pula oleh aumtie Shamin dan suaminya kerana menurutnya,niat anak bujang mereka ikhlas dan tidak perlu dipertikaikan.
            Pada mulanya aku menolak dan cuba juga untuk melangkah,tetapi kerana kesakitan yang teramat,aku tidak sanggup untuk terus memaksa diriku melakukannya.Tiadak tahu di mana hendak kuletakkan mukaku bila berada di dalam dukungan Tuan Megat.
           Shazlin dari tadi asyik tersenyum simpul bila mata
kami bertembung.Jantungku berdegup pantas bila harumanya mencucuk-cucuk hidungku,tetapi wajahnya kelihatan selamba sahaja.Ini adalah kali kedua aku dikendongnya.Berhati-hati dia meletakkanku di kerusi penumpang sebelahnya dan memakaikanku tali pinggan keselamatan.
          "Isteri you pernah jatuh ke?"
          Tersentak aku bila doktor itu bertanya.aku bagaikan boneka sahaja di hadapan dua orag lelaki ini.
          Tuan Megat yang sedari tadi duduk di kerusi setelah meletakkanku,segera menghampiriku.
          "Miera pernah jatuh ke?"
          Lembut dia bertanya.Baru pertama kali aku dengar suaranya begitu lembut.Kalu tidak dari tadi asyik dengan gaya seriusnya.
          "Miera pernah jatuh dulu,tapi dah lama."Aku membuka sejah silamku.
          "Jatuh dari apa?Pokok ke,tangga ke atau katil?"
          Doktor ini kurasa sudah melebih pula.
          "saya pernah jatuh motor masa kemalangan dulu."selamba aku menjawapnya.Geram aku dengan Tuan Megat kerana tidak membantah bila doktor itu bertanya macam-macam.
          "Suami awak yang bawa ke?"Doktor itu masih tidak puas hati nampaknya dengan jawapanku.
          "taklah saya bawa sendiri.kenapa doktor tanya macam-macam ni?"Anginku mula menyerang satu badan.
          "Pandai awakbawak motor?saya sendiri pun tak reti bawa motor."
          aku mendengus geram,tidak amil endah apa yang doktoritu bicarakan.
          "Dia memang begini,doktor.Perangai pun macam budak lelaki."
          Terkejut dengan kenyataan daripada tuan Megat Membuatkan aku merenung tajam ke arahnya.macam bagus sahaja mulutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.Macamlah sudah kenal lama.Hanya di tempat kerja sahaja kami bertembung,itu pun dari jauh.
           "You harus beri perhatian pada isteri you ni.kalau dia jatuh lagi,mungkinkakinya boleh patah.Okey,sekarang i nak balut kaki isteri you supaya tulang buku lalinya tidak bergegar kerana itu yang membuatkan kakinya sakit bila berpijak.jadi minta isteri you bertahan sikit."
           Panjang lebar doktor itu memberi penerangan.
           Tuan Megat mengambil tempat di belakangku dan memegang bahuku.Aku cuba mengelak kerana tidak suka diperlakukan begitu.
           "Cuba beri kerjasama!"bisiknya perlahan sambil tangannya diletakkan kembali di bahuku.
           Geram sangat rasanya bila memikirkan dia ini cuba hendak mengambil kesempatan.Terasa sakit bila doktor itu menarik kain balutan untuk menegangkan dan aku memegang tepi katil sekuat hati.
           "Cuba tahan sikit!"bisik Tuan Megat lagi bila mendengar aku mengaduh sambil menarik diriku bersandar ke dada bidangnya.Selesa dengan tindakan dan perbuatannya, juga berjaya mengurangkan kesakitan.lagipun aku malas hendak memberontak dengan perangainya.betul apa yang pernah kubaca belaian akan membuat kesakitan berkurangan.
           Setelah selesai membalut buku laliku,doktor memberi kata-kata nasihat supaya aku tidak banyak bergerak.dia memberiku cuti sakit selama seminggu.
           Ketika hendak keluar dari bilik doktor,Tuan Megat mahu mendukungku tetapi aku menolk dengan memberi alasan bahaa aku sudah boleh berjalan.Apabila kaki sudah dibalut,memang senag hendak melangkah kerana kesakitannya mula berkurangan.
           "Macam mana,dah baik?"
           Shazlin menyambutku di ruang menungu.Aku dudu di bnagku yang disediakan sambil menunggu Tuan Megat menagmbil ubat.
           "Bolehlah."Sepatah aku menjawabnya.Masih terasa malu dengan tingkah Tuan Megat tadi.
           "Berapa hari doktor bagi MC?"tanya Shazlin.
           "Dua hari saja....."usikku.
           "Kenapa dua hari saja?Teruklah doktor tu!"bebel Shazlin.
           "Tak apalah...Lagipun kerja akak banyak di pejabat,"tambahku dengan tujuan untuk mengusiknya.
           "Syarikat apa yang akak kerja ni,teruk betul sampai sakit begini pun masih nak suruh bekerja?"
           Aku tidak sangka Shazlin akan berkata demikian.Terperanjat aku bila Tuan Megat berdiri di sebelah dan mungkin mendengar lauhan Shazlin.Tetapi hendak menyalahkan dia,tidak munasabah pula.Lagipun dia tidak tahu aku bekerja dengan abangnya.
           "Dah,mari balik."
           Dia melangkah dulu tanpa mempedulikan kami.
           "Kenapa dengan abang ni?Tadi datang bukan main romantik,nak balik main tinggal-tinggalkan pulak!"
           Bebelan Shazlin tidak kuendahkan,tetapi lebih memikirkan lelaki itu memang sah sudah mendengar perbualan kami.                                                                                                                                                                                                                                       
                                                                                          Bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...