I made this widget at MyFlashFetish.com.



Friday, October 15, 2010

KaKi NoVeL

sambungan....
BAB 12
"ADUH,bosannya...!Apa aku nak buat ni?"Aku mula resah sendiri bila hujung minggu begini.Selalunya aku melepak sahaja di tepi sungai,tetapi kerana kesibukan kerja,dekat sebulan juga aku tinggalkan hobiku itu.
               Tiba-tiba telefon di atas meja di ruang tamu berbunyi.
               "Assalamualaikum."Aku memberi salam kepada orang di sana.
               "Waalaikumussalam Kak Miera."Lembut kedengaran suara di hujung talian membalas salamku.
               "siapa ni?'
               "Linlah!Apalah akak ni?Tak kenal Lin...Sedih hati Lin,tau!"
               Aku tergelak apabila Shazlin merajuk dengan kealpaanku.
               "Alaihai...Minta maaflah dik.Akak tak berapa cam suara Lin...Dah la lembu sangat,mendayu-dayu pulak tu!"usikku.
                "Akak tengah buat apa tu?"tanya Shazlin.
                "tengah buat bodoh!"tambahku sambil tertawa.
                "Akak!!!" rajuk Shazlin mula berkembang.
                "Okey...okey...akak tengah bosan gila ni...!"Aku terangkan keadaanku yang sebenar.
                "Baguslah kalau macam tu!"
                aku terasa kelainan di dalam kata-katanya.Apa maksud kenyataan Lin tadi?
                "kenapa pula bagus?"tanyaku.
                "Kita pergi Genting Highlands nak tak?"pelawa Shazlin dengan suara yang tiba-tiba berubah ceria.
                "Genting highlands?Bila? Sekarang ke?"Memang aku benar-benar terkejut dengan cadagan serta pelawaannya itu.Biar betul!
                "Iyelah sekarang!Malam nanti kita baliklah,"terang Shazlin.
                "Akak kena tanya mama dululah,"luahku.
                "Oky,akak tanya mama akak.Pastu telefon Lin balik,bagitau sama ada jadi atau tak!"arah Shazlin bagaikan ketua ekspedisi.
                Setelah meminta kebenaran daripada mama,aku segera menelefon Shazlin untuk memberitahu persetujuanku dengan janji akan pulang semula ke rumah tika malam menjelma.
                Aku segera bersiap dan setengah jam kemudian kereta toyota Harrier putih sudah terparkir di hadapan rumahku.Aku bergegas ke pintu setelah menyalami mama,tidak mahu tetamuku tertunggu-tuggu akan kedatanganku.Sudahlah pergiku berjemput dan pulangku berhabtar,aku tidak mahu terus menyusahkan shazlin dengan kelewatanku pula.
                Langkahku terhenti apabila melihat Tuan Megat kaluar dari keretanya dan diikuti oleh Shazlin.
                "Kenapa Lin tak cakap abang Lin ikut sekali?'bisikku apabila Shazlin menghampiriku.
                "Akak tak tanya pun?"Selamba sahaja shazlin menjawab.
               Aku tidak bertanya dengan Lin ke tadi?Aku mula berkerut-kerut dahi memikirkan kesilapanku tadi.
              "kita bertolak sekarang."
              Tuan Megat bersuara bila melihat aku tercegat sahaja di sisi keretanya.Dengan kaca mata hitam yang dipakainya membuatkan ketampanannya terserlah.
              Memang Shazlin sengaja hendak mengenakan aku kerana dengan muka toyedi duduk di belakang dan Tuan Megat segera membuka pintu kereta di sebelah pemandu untukku.
              "Miera sihat?"tegurnya.
              chewah!ambil berat sungguh tentang aku walaupun di hadapan adiknya.
             "Alhamdulilah sihat,"jawabku.Ringkas dan padat yang tidak memungkinkan dia untuk bertanyakan tentang kesihatanku lagi.
             "Lin,kawan lin tu tunggu di mana?'tanya Tuan Megat pada Shazlin yang duduk di tempat duduk belakang.
             "Dia tunggu dekat tol Gombak,ayah dia hantar kat situ."
             Mendengarkan jawapan Shazlin menjadikan aku bertambah pelik.berapa ramai yang akan pergi?Yang tertera di kepalaku ketika itu adalah 'Rombongan Cik Kiah ke Genting Highlands.'
              "Lin ajak kawan dia sekali,"beritahu Tuan Megat ,seolah-olah dia dapat membaca apa yang aku fikirkan.
             Aku hanya mengangguk sahaja.Yalah,takkan aku nak membantah.Siapa aku hinggakan mempunyai kuasa veto untuk membangkang?Sedangkan aku sendiri pun hanya menumpanh!
             Apabila sampai di tol gombak,kami menunggu kawan Shazlin.Lebih kurang sepuluh minit menunggu,barulah kawannya itu tiba.
             Tuan Megat terus menggerakkan kenderaannya dengan penuh hati-hati hingga tiba ke destinasi.
              Sampai di puncak Genting,aku ditinggalkan berdua dengan Tuan Megat oleh Shazlin dan kawannya.Aku rasa segalanya memang telah dirancangkan oleh mereka berdua.Sakitnya hati ini.Adik dan abang satu kepala.Kalau diikutkan rasa sakit hatiku,mahu sahaja aku hantukkan kepala kedua-duanya,biar puas hatiku.kalau aku tahu akan jadi begini lebih baik aku lepak sahaja di rumah.
             "Miera,kenapa ni?'Lembut suara lelaki itu bertanya.
             "Kenapa buat saya begini?'luahku tidak puas hati.
             "Apa yang saya dah buat pada Miera,cuba cakap?"
             Lelaki ini tidak tahukah yang hatiku sakit dengan rancangan bodohnya ini!
             "Ini semua rancangan siapa?"
             Aku berdiri di tepi batu besar yang ada di situ.Sakitnay jiwa bila berhadapan dengan lelaki ini.Lelaki yang sentiasa serius serta mempunyai pandangan yang tajam.
              "Miera,pandagan saya!"pintanya.
              Aku buat kepala gila aku tanpa mengendahkan permintaannya dan membuatkan dia berdiri di hadapanku.Pandangannya yang tajam membuatkan aku tertunduk.Aku thu dia cuba mengawal perasaan marahnya dengan perangaiku.Lantaklah,siapa suruh kelentong aku?Pantang aku kalau ditipu!Memang nak kenalah orang itu!
              "Miera,jangan begini.Saya pun tak tahu tentang rancangan ni.Lin kata nak pergi Genting highland dan mintak saya pandu dengan alasan dia takut nak bawa kereta ke sini sebab banyak selekoh.Bila dah dalam kereta tadi baru saya tahu...sebab dia suruh saya ambil Miera dulu sebelum ambil kawannya,"terangnya bersungguh-sungguh.
              "Tuan,perkara yang paling saya tak suka adalah ditipu.Takkan tuan satu rumah dengan Lin tak tahu tentang rancangannya?"Sangkal akal warasku yang mula mahu memuntahkan kemarahan.
              "Betul Miera.Saya tak tahu.Kenapa susah sangat awak nak percayakan saya?"tingkahnya dengan wajah seriusnya semula.
               "Tuan..."Kata-kataku terputus apabila dia pula mula bersuara.
               "Saya cubit mulut comel awk tu kalau sekali lagi awak panggil saya tuan!"
               Aku cepat-cepat menutup mulutku.Gila ke dia ni  nak cubit mulut aku?Buatnya bengkak,naya aje!kalau bengkak dan seksi macam Angelina Jolie takpe juga,tapi salah cubit,jadi mulut itik betina,husy idaklah teman...!
               "Dah,mari kita pergi ke tempat games kat sana,cari Lin dan kawannya.Miera boleh tanya sendiri kalau masih tak percaya."Tuan Megat menarik tanganku.
               "Apa ni main tarik-tarik!"Aku mematikan langkah sambil merentap tanganku dari pegangannya.
               "Miera nak saya dukung ke?Saya tak kisah,bukannya berat pun!"ejeknya sambil tersenyum sinis.
               Geramnya!Bila di pejabat,perangai dan tutur katanya sentiasa terjaga...tapi kalau depan aku,kalah semua barisan kasanova yang ada di atas dunia ni!
               "Mieeeeraaaa...."
               Daripada gaya dia memanggil namaku,boleh berdiri bulu roma dibuatnya.
               "Tuan nikan...."
               Tak sempat aku menghabiskan ayat apabila terasa bibirku dicubit lembut.Lelaki ini bnar-benar memaksudkan kata-katanya.
               "Sakitlah!"Aku menggosok bibirku.Nasib baik aku tidak pakai gincu,kalau tidak mesti comot.
               "Sakit ke?Kalau nak kena cubit lagi,ulanglah perkataan tuan tu lagi."
               Kenapalah nasib aku hari ini?Aku baliklah kalau aku terpaksa lalui semua ini dengan lelaki sewel ni...!
               Kami cuba mencari Shazlin,tetapi tidak berjumpa an akhirnya aku dan Tuan Megat duduk-duduk sahaja memerhati teelatah orang yang berkunjung tanpa bermain apa-apa.Beberapa kali Tuan Megat mengajak aku mencuba permainan yang terdapat di sana tetapi aku menolak.Bukannya apa,aku ni gayat sikit.Buatnya aku terlebih jeit nanti,hilang pula keayuaanku di hadapan lelaki ini.
               Aku memeluk tubuhku sambil menggosok kedua-dua tanganku.Sejuk juga tempat ini.Selalunya aku masih boleh bertahan dengan cuacanya,lagipun sudah beberapa kali aku  ke sini bersama teman-teman.Mungkin juga kerana kali ini tiada aktiviti yang kubuat meainkan duduk melanguk sahaja seperti ini menjadikan tubuhku tidak berpeluh dan kehangatan yang sepatutnya hadir dugantikan dengan kesejukan.Tambahan pula bila duduk berdua-duaan kononnya dengan lelaki yang tidak sama sekali kuimpikan.
               "Miera sejuk ya?"
               Aku melihat Tuan Megat cuba membuka jaket yang dipakainya.
               Taklah,"dalihku.
               Tuan Megat menyangkut jaketnya di bahuku tetapi aku menanggalkannya semula kerana tidak sampai hati melihat dia yang hanya memakai t-shirt sahaja.
               "Saya tak mahu."Aku memberikan semula jaket tersebut kepadanya.
               "Mieeeraaa..."
               Kenapalah lelaki ini suka memanggil namaku sebegitu?
               "Please tu..."Terhenti aku hendak meneruskan kata-kata itu.Takut bibirku dicubit lagi.
               Lucu agaknya membuatkan Tuan Megat tertawa.Jarng sekali aku melihat dia tertawa begitu menjadikan wajahnya kian menarik untuk terus ditatap.
              "Panggil Shah aje.Kalau tak,saya tak mahu pakai baju ni."
              Aku pula yang diugutnya.Bertuah betul!!!
              "Please Shah,pakai jaket ni,Saya tak seju pun!"Au bersuara dalam terpaksa.
              Tuan Megat mengambilnya tetapi menyangkutnya semula di bahuku."Saya rela kesejukan daripada tuan puteri saya mendapat sakit."
              Bisikannya terasa dekat di telingaku,membuat aku tergamam.Mata kami bertentangan dan aku terpesona dengan matanya yang berwarna hazel,hidungnya yang mancung dan bibir yang merah dengan kulit wajahnya yang bersih.Ditambah pula rambutnya yang sedikit berrombak tersisir rapi,tubuhnya tegap dan dadanya yang bidang serta tinggi lapai orangnya.Bila aku berdiri di sampingnya,ketinggianku separas telinganya macam Adi Putra,pelakon dari Singapura itu.
              "Hai...dah tergoda dengan saya ke?"
              Aku tersentak apabila suara itu berbisik di telingaku.Terasa darah menyerbu naik ke mukaku.Aku melarikan pandangan ke tempat lain,mengelak Tuan Megat perasan dengan tone wajahku.
              "Saya dahlama tergoda dengan Miera,sejuk dulu lagi!"
              Selamba sahaja lelaki ini berbicara,Aduh,manalah Lin ni?Selamatkanlah aku dari situasi ini....
              "Mieeeereeea...."
              Lembut bicaranya setiap kali memanggil namaku,tetapi aku tidak peduli dan melangkah meninggalkannya.


AKU hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang.Tuan Megat dan Shazlin beberapa kali mengajaku berbual namun aku hanya  berbual seketika dan selebihnya aku melayan perasaanku sendiri.
              "Bye sayang..."bisik lelaki itu apabila dia menghantar aku ke pintu pagar rumah.
              Shazlin yang keletihan tertidur di kerusi belakang.
              Aku pura-pura tidak mendengar.
              "Mieeeraaaa..."
              Ketika mahu melangkah setelah pintu pagar ditutup,aku mendengar dia memanggil namaku seperti itu lagi.Aku menoleh dan lelaki itu tersenyum.
             "Mimpi yang indah,ye...."Sambungnya dan terus masuk ke dalam kereta tanpa menunggu kata balasan daripadaku.


SELESI mandi aku merehatkan diri di dalam bilik.Keletihan masih lagi terasa.Bila memikirkan peristiwa tadi,aku tersenyum sendiri Entah apa di fikirkan Tuan Megat agaknya sehingga sanggup berkata demikian.Haikal juga melayanku begitu dahulu.tetapi entah di mana silapnya.aku ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sebarang berita.Aku trsentak bila telefon bimbitku memainkan lagu"Teman Tapi Mesra'nyanyian 'Ratu',menandakan ada pesanan yang masuk ke dalam inbox.
              Hai,mengelamun ke?
              Aku tak tahu siapa yang menghantar SMS tersebut.Mungkin salah nombor agaknya.Malaslah nak layan!     
             Takkan dah tidur?
             Aku semakin pelik membaca pesanan-pesanan ini.
             Tak jawab berdosa tau!
             Orang ni tak fikir ke yang dia berdosa mangacau aku yang sedang mencari kedamaian ini?Hatiku sudah mula berbara.
             Ni mesti tgh jauh berangan....
             Siapa pengacau ni ye?Terus kedail nombor tersebut dan aku terperangkap sendiri apabila suara itu memberi salam padaku.
             "Miera buat apa tu?"
             Mulutku terkunci untuk menjawab.
             "Mieeraaa..."bisiknya lembut.
             Aku terus mematikan talian.Entah kenapa aku tiba-tiba jadi tidak sanggup untuk terus mendengar suara itu lagi.Ada getar yang halus menghambat di ruang hati.
             Maafkan saya kerana menganggu tuan puteri.
             Saya tak sangka pesanan saya tak diundang sama sekali.
             Sekali lagi saya minta maaf.
             Alamak!Macam mana ni?Aku tidak tahu apa yang hendak dibuat sekarang ini.Aku tidak bermaksud untuk mengguris hati lelaki itu,tetapi sikap romntiknya membuatkan aku rasa takut lama-kelamaan akan terpaut padanya.Sesuatu yang cuba kuelakkan buat masa ini.
             "Assalamualaikum."
             Salam kuberi.Aku sendiri dapat mendengar degupan jantungku yang tidak lagi seirama.
             "Waalaikumussalam."Suara itu menyambutnya.Lembut.
             "Tuuu...ops...Shah,saya mintak maaf pasal tadi.Saya tak bermaksud macam tu...."terangku panjang lebar tetapi suara di sana hanya membisu.Aku menjadi serba salah dengan kebisuan suara di hujung sana.
             "Shah...please.Janganlah begini,"rayuku tetapi suara itu masih membisu.
             "Sahahhh...."Aku mencub lagi,kali ini separuh merayu.
             "iye sayang..."
             Erk!Tercekik aku apabila lelaki itu mula bersuara,membuat aku pula membisu.Terkejut.Tersentak.
            "Saya suka bila dengar suara Miera merengek."
            Malaun punya buak!Dia kenakan aku?
            "Shah!!!"Aku bersuara geram dn telingaku dapat menangkap suara lelaki itu ketawa.
            "Janganlah marah,sayang..."Dia bersuara lagi.
            "Awak nikan....!!!"Aku menjerit geram dan erus memutuskan talian.
            Beberapa kali telefon berbunyi tetapi tidak kuendahkan dan terus mematikannya.Kenapalah hari ini banyak kali hatiku disakitinya?Kalau begini selalu,aku boleh migrain menghadap dia tiap-tiap hari dengan perangainya yang sebegitu!
Bersambung....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...