I made this widget at MyFlashFetish.com.



Friday, October 1, 2010

KaKi NoVeL

sambungan...


BAB 2
Hari ini adalah hari pertama akubekerja di perfect holdings berhad.syarikat gergasi yang mempunyai tiga tingkat ruang pejabat.Aku ditempatkan di tingkat lima belas manakal tingkat enam belas adalah bahagian kewangan dan tingkat tujuh belas hanya untuk pengarah syarikat ini dan pegawai-pegawainya. majoriti pekerja di sini adalah melayu.Hanya segelintir sahaja yang bukan kaum bumiputera.memandangkan bahagian aku masih tidak mempunyai ketua yang kebetulan baru meletakkan jawatan,jadi segala-gala diamnahkan kepada aku untuk sementara waktu.Di bawah tanggungjawabku terdapat lima orang pekerja,dua lelaki dan tiga perempuan.Rasa segan apabila aku yang tidak biasa mengarah orang tiba-tiba terpaksa berbuat begitu.aku berjanji untuk membentuk pasukanku berbekalkan pengalamanku sendiri.
           "Cik miera, ini ada borang permintaan dari bahagian akaun untuk membeli sebuah printer mereka yang rosak."
           Tersentak aku apabila shikin tiba-tiba sahaja sendir di dalam hati sambil mataku mengerling sekilas memandangnya.
           Memang aku jarang naik ke tingkat yang melebihi bahagian kewangan.kalau boleh memang hendak dielakkan.Aku sendiri tidak pernah melihat pengarah syarikat ini yang sering disebut-sebut oleh kakitangan syarikat.Menurut kata mereka, orangnya masih bujang.Kalau sudah dikata bujang, maka banyak borang yang tidak rasmi dihantar.
           lantaklah, aku tidak suka hendak campurkan hal peribadi dan kerjaya.Cukuplah namanya kubawa ke sana ke mari untuk urusan kerja.Megat Shahrizal Bin Megat Shaifulbahri.Satu nama yang menarik tetapi tidak tahulah bagaimana orangnya.Biarlah... yang penting gajiku setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun bank.
           "Cik,dah sampai."
           Termalu sendiri aku bila ditegur.hai...keapa aku asyik berkhayal sahaj?
           "terima kasih."Hanya itu sahaja jawapanku sambil melangkah keluar.Terasa berbahan mukaku dan untuk menoleh,tidak sama sekali.
           Aku mandapatkan motosikal kesayangan yang terparkir megah di bahagian tempat letak kenderaan yang memang disediakan untuk motosikal.Mangga kunci depan dan belakang kubuka.memang remeh tetapi itu adalah langkah keselamatan untuk motosikal kesayanganku.biarlah ambil masa tetapi barang berharga terjaga.Aku tekan suis untuk menhidupkan enjin,tetapi motoskal ini bagaikan tidak mahu berfungsi.berkali-kali aku mencuba tetapi masih tidak berjaya.Kuperiksa meter minyak.Takkanlah minyak? Baru sahaja kuisi pagi tadi.mintak-mintak betullah motor ni...!Kuperiksa plagnya,tiada apa-apa masalah.Setiap bulanaku akan menghantar ke mekanik untuk diseris.Janganlah motor ni buat perangai malam-malam begini dan di tempat ini,mampus aku!
           Sedang aku terkial-kial berusaha untuk menghidupkan motosikal kesayanganku,sebauh kereta lalu dan tiba-tiba berhenti.Dahiku yang sudah berpeluh bertambah berpeluh bila melihat kereta itu berundur.
           "kenapa?"
           Sepatah kata daripada pemandu itu setelah tingkap kereta diturunkan.Alhamdulilah...Rupa-rupanay lelaki yang kutemui di dalam lif tadi.
           "tak ada apa-apa."
           aku cuba menutup keresahan di hati.kucuba menghidupkan motosikalku sekali lagi,namun masih begitu.Sekali lagi kutekan suisnya dan alhamdulilah motosikalku sekan mengerti dengan keluh-kesahku lantas mengaum enjinnya.Kupulas minyaknya supaya enjinnya cepat panas dan tidak tersengguk-sngguk nanti.
           Rambutku yang panjang kuikat dan masukkan ke dalam helmet dan identitiku sebahai prempuan tidak kelihatan setelah menyarungkan jaket kulit.
           Aku mengangkat tangan kepada lelaki yang sedari tadi memerhati perbuatanku tanpa bersuara dan bergerak perlahan-lahan.
           Lelaki tersebut juga ikut bergerak mennggalkan tempat parkir.

bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...